Sunday, December 2, 2012

DAN RINDU-RINDU BERTABURAN - Prolog

"Dah siap kemas?" Tanya adikku Nurul Illani Ellise yang entah bila masuk ke bilikku menegur.
"Sikit lagi aja"
"Ermm... nanti kirim salam kat Mummy & Granny..."
"Ok.. InsyaALLAh. Tulah! Along ajak ikut ke Texas, tak mahu?"
"Ala.. bukan tak nak ikut. Tapi nak buat camne... dah janji ngan kawan-kawan nak panjat Kinabalu. Tiket semua dah beli. Lain kali ajalah.."
"Adik Along ni, aktif sungguh!"
"Selagi muda lah ni nak buat benda-benda adventurous. Nanti dah kahwen, dah beranak pinak... belum tentu boleh buat lagi"
Kepala adik manjaku,  aku sekeh perlahan.
"Study belum habis... dah fikir pasal kawen.. pasal anak. Huh!"
"Alah... Along tu, mengata orang. Sejak putus tunang.. dah berpa tahun ni? Bila nak cari ganti? Asyik berkepit dengan kamera je" Bebel Ellise. Dia menapak ke meja kerjaku. Aku tidak hiraukan dia dan terus mengemas barang-barangku ke dalam beg.
"Along.. sapa dia ni?" Ellise terjerit tiba-tiba.
Aku angkat muka dan pandang terus ke lappy yang terpasang dia atas meja. Aku tepuk dahi. Lupa tadi mahu switch off komputer ribaku itu. 
Aku bangun dan berdiri di sebelah Ellise. Tetikus di tanganny aku cuba rampas.
"Eishh ... tak baik selongkar lappy orang."
"Kejaplah Along.... banyaknaya gambar dia? She's so. pretty!"
"Model...."
"Ellise tau la, model... tapi kenapa tak pernah nampak dia kat mana-mana majalah ataupun iklan? Muka macam ni buleh buat duit ni..."
Aku angkat kening.
"Her name... Farisya Izoura, ex-model. Gambar ni pun dah lama.  Few years ago masa KLIFF. Along pun tak tahu kemana dia menghilang. Senyap macam tu jer. Dengar-dengar dia dah kahwen"
"Owh.... Along yang snap pic-pic ni semua?"
"Yes.. I did..."
"Masih simpan? Why?"
"Tak ada apa-apa sebab. Just admiring her..."
"Admiring atau Along jatuh cinta kat dia?" Ellise tergelak-gelak.
"Ishhhh.. mana ada. Along kan, professional. Tadi saja belek-belek gambar lama. Nak buat editing. Mana tahu boleh dimasukkan dalam porfolio Along!"
"Tapi. dia cantik, kan?"
"Yes she is....... BEAUTIFUL!"
Mataku terpaku pada gambar model Farisya Izoura dalam gaun pengantin yang kembang dengan bunga teluki di tangan. Kagum dengan keindahan ciptaan ALLAH di depan mataku ini. 

11 comments:

  1. Sebuah ENTRY pendek pengenalan cerita baru saya. Khas buat pembaca yang tersangat EMO pasal ending RISYA DAN ZAMIR

    Luv.
    Ariesya.

    ReplyDelete
  2. :)

    good. semuga yang tak happy dengan ending KEMARAU CINTA akan terus bersemangat untuk ikuti new episode of Farisya Izoura !

    ReplyDelete
  3. Oh yeah...tq ariesya...igtkan dah takder smbungan....
    Hampir2 kuciwa..:)

    ReplyDelete
  4. is he the guy that named Azlan yg kat ending cerita Kemarau Cinta? :) i'm looking forward to this! chapter 1, please! hehehe.

    ReplyDelete
  5. oh yes..citer baru...thanks Ariesya..

    Wah..macam ada nama Risya...ja..hopefully dalam citer ni..Risya akan kita kenali dan hampiri cerita cerita kehidupannya melalui mamat ni..bukan apa..akak rasa kesian kerana gadis yg berumur 24 tahun itu cuba untuk mengubah haluan hidupnya menjadi seorg isteri yg baik dan tetiba dia dianiaya oleh bekas madunya dan zamir mamat sengal perasan bagus tu..ketika dunia Risya ranap..teringin akak nak tahu..siapakah yg membangkitkan semangatnya untuk mengharung arus kehidupan dengan lebih bersemangat lagi..selain dari kedua dua anaknya yg masih kecil dan tidak tahu apa apa itu..

    alahai Ariesya..apa ek kesudahan citer si Sara dan Zamir tu..hati akak degil nak tahu..adakah mereka mereka ini mendapat ganjaran yg setimpalnya..dari perbuatan mereka..

    ReplyDelete
  6. still nak tgk risya bahagia ngan zamir sbb diorang ada anak sama2. kalau xmungkin dah utk risya dan zamir, tolonglah matikan watak zamir. kalau dia xda anak dengan zamir, i'm very hepy for risya to be with someone else...

    idk, but i just think, a family should be in a family...not to be separated from one to one...siksa sangat mcm ni...

    ReplyDelete
  7. kembalikan zamir utk risya

    ReplyDelete
  8. kembalikan zamir utk risya...tapi dera dulu sizamir tu...dan buat mereka taat kepada ALLAH...

    ReplyDelete
  9. X mo la zamir lg...lps dia hina risya mcm2..i totally hate him..risya deserve someone better..
    G jahanam sama itu izamir..

    ReplyDelete
  10. xmahu zamir da..da muak..get rid of him..
    bia risya hepi...jgn sekat dia lagi..
    xmahu zamir plsss...
    he's too much...she dont deserve man like tht..
    bia org lain bhgiakan risya..

    ReplyDelete